Saturday, May 16, 2009

Akademi Fantasia 7


Malam ini, Sabtu 16 Mei 2009, berlangsungnya Konsert akhir Akademi Fantasia yang di siarkan live pada jam 9 malam.

Finalis finalis AF7 adalah
1. Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, Kuching
2. Khairil Azam Pilus, 24, Kuala Lumpur
3. Afiq Hakam Ahmad, 18, Johor Baharu
4. Mohd Yazid Mohd Ibrahim, 22, Johor Baharu
5. Ismaliza Ismail, 30, Kuala Lumpur

Persembahan pembukaan konsert ini ialah kesemua para finalis dengan lagu Revolusi dari Bunkface.
Persembahan para finalis di mulakan oleh pelajar dari Kuching Sarawak, Hafiz yang membawa lagu berjudul Kau Bunga Cintaku dari Anuar Zain. Akim pula mempersembahkan lagu baru bertajuk Bengang. Diikuti oleh Yazid dengan lagunya Qasidah Cinta dari Dewa 19. Manakala Isma menyanyikan lagu barunya bertajuk Bisikan Godaan dan akhir sekali Aril yang mendendangkan lagu dari Padi, Kasih Tak Sampai.

Di Pusingan Kedua pula, Hafiz mempersembahkan lagu barunya berjudul Masih Jelas dan *Akim membawakan lagu Bencinta dari Faizal Tahir. Di teruskan lagi oleh lagu terbaru Yazid, Ya Pa Pa. Isma pula membawakan lagu dari Misha Omar, Cinta Adam dan Hawa dan Aril pula sebagai penutup pusingan kedua dengan lagu tersendiri, Toksik.

Konsert ini diteruskan lagi dengan persembahan dari pelajar yang tidak terpilih masuk iaitu AB, Amin, Kelana, Faezah dan Cabby. Para bekas pelajar Akademi Fantasia juga membuat persembahan iaitu Adila, Rini, Obri, Rubisa, Zizi, Sidi, Qhaud, Claudia dan Aishah. Sementara menunggu udian ditutup, Stacy mempersembahkan persembahan tarian dengan penuh tenaga.
Persembahan penutup adalah lagu Menuju Puncak yang di bawakan oleh semua para pelajar

Saat yang di nanti-nantikan, keputusan juara akademi fantasia dan acara graduasi. Dijemput puan pengetua, Datin Tiara Jacquelina untuk menyampaikan hadiah.

Tempat Ke-5 jatuh kepada Isma.
-Trofi sumbangan Astro

Tempat ke -4 jatuh kepada Yazid.
- Kamera FE320 (Olympus)
- RM3,000
-Trofi

Tempat ke-3 adalah AKIM!
- Baucer percutian bernilai RM2000 (Maybeline)
- Camera FE320 (Olympus)
- RM8000
- Trofi

Naib juara disandang oleh ARIL!
- Baucer Percutian RM3000 (Maybelline)
- Camera U1030 (Olympus)
- Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo)
- Penapisan Udasa Hyundai (MSP Advance)
- Jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss)
- RM10000
- Trofi

Juara Akademi Fantasia Musim Ke 7 adalah... HAFIZ!!!
- Honda Accord 2.0 (Honda Malaysia)
- Percutian New York untuk 2 orang
- Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo)
- Camera U130 (Olympus)
- Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance)
- Jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss)
- Brand Innershine untuk 1 tahun (Cerebos)
- Nokia 5730 Xpress Music (Nokia)
- RM20000
- Trofi

AF musim ini diakhiri dengan Datin Seri Tiara Jacquelina as the principal Menutup Rasmi Sesi Pembelajaran Akademi Fantasia Musim 7.

Undian sebelum konsert:
Hafiz 44
Aril 22
Akim 15
Yazid 13
Isma 6

Undian selepas konsert :
Hafiz 46
Aril 22
Akim 18
Yazid 9
Isma 5

hafiz meraikan kemenagan selepas bergelar juara


*Akim is not bad. Hot for sure. Haha. Stacy too. Damn HOT!!!

No comments:

Post a Comment